Monday, September 14, 2009

Aku, Dia, dan Payung Biru

Hujan itu hujan rahmat.

Tatkala jam di dinding menandakan berkahirnya hari aku di sana, hujan turun dengan lebat. Seolah-olah tidak mengizinkan aku pulang.


Tetapi hari itu tidak seperti hari yang lain. Hari itu hari terakhirku di sana.


Sang hujan seakan memahami hatiku. Dua minggu tempoh yang singkat, tidak cukup puas aku di sana.


Aku melangkah keluar dari bangunan itu buat terakhir kali, payung biru ku tujahkan ke langit, bersedia mengharungi derap-derap titisan hujan yang deras.
Tatkala itu dia muncul dari pintu, resah melihat ke langit dan lantai bumi yang basah.

Hujan seakan menyebelahi aku, dia tidak punyai payung di tangan.

Aku kaget. Dia datang kepadaku.

Aku kaget. Dia tiada payung.

Dua minggu tempoh yang singkat untuk mengenali seseorang. Buat seketika waktu itu, aku dan dia berpayung bersama, menyusuri hujan. Persis sebuah babak yang selau terpapar dalam layar wayang.

Tetapi kali ini ia bukan sebuah babak dalam layar wayang. Ia adalah hadiah sang hujan kepada aku.

Dua minggu tempoh yang singkat. Aku, dia, dan payung biru ku, akan terpahat menjadi memori indah di dalam hatiku.

Mungkin juga aku dan dia hanyalah satu infatuasi. Mungkin tidak.

...
..
.

5 comments:

  1. niceeeyyy~
    true story or jez an imagination?

    ReplyDelete
  2. ini bukanlah sebuah babak dalam wayang ;)

    thanks

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri Nukman..Maaf Zahir Batin :)

    ReplyDelete
  4. hee...syok!pandai menyusun kata2..^^

    ReplyDelete